Saturday 28 January 2017

Alam kubur.

*☆السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ☆*
*PEDOMAN*
Alam Barzakh merupakan 'ALAM PERANTARAAN' antara Alam Dunia dengan Alam Akhirat di mana Alam Pembalasan Pertama samada hidup terseksa atau hidup memperoleh nikmat sehingga seterusnya di Alam Akhirat.
Hudzaifah bin Al-Yamaan menyebutkan bahawa Nabi SAW pernah bersabda:
فِى الْقَبْرِ حِسَابٌ وَفِى الْآخِرَةِ حِسَابٌ، فَمَنْ حُوْسِبَ فِى الْقَبْرِ نَجَا، وَمَنْ حُوْسِبَ فِى الْقِيَامَةِ عُذِّبَ.
*Ertinya:*
_“Di alam kubur itu ada Hisab (perkiraan mengenai iktiqad: kepercayaan) dan di Akhirat juga ada Hisab (Perkiraan Amalan); maka sesiapa yang telah dihisab dalam Kubur dia adalah telah 'lulus'; dan siapa dihisabkan (dengan teliti) di hari Kiamat maka dia akan diseksakan.”_
*_(Riwayat Al-Hakiim dan At-Tirmidzi)_*

No comments:

Post a Comment